WARUNG DAUN PISANG

Warung Daun Pisang dibuka secara rasmi pada 1 Jan 2023. Restoran ini bukan sahaja menunjukkan seni hiasan dalaman yang unik, malah menyajikan pelbagai makanan tradisi tempatan dan barat dengan penampilan yang membangkitkan selera. Selain itu, kami tidak akan berkompromi terhadap kualiti dan khasiat dalam masakan kami. Bahan-bahan segar adalah antara ramuan yang amat penting dalam penyediaan hidangan harian untuk menjamin keseimbangan antara keenakan rasa dan kesihatan badan. Warung Daun Pisang dibuka setiap hari kecuali HARI RABU dari jam11 pagi sampai 10 malam.